Superglobal2u menjalankan sistem perniagaan yang
dikenali sebagai Pelan Pusingan Perniagaan Global atau
3PG dimana
setiap ahli akan menyertai ( membuka akaun baru ) semula beberapa kali untuk membantu
mengukuhkan sistem rangkaian perniagaannya.
Dengan cara ini ahli baru yang
menyertai akan mudah mendapat rangkaian apabila ahli lama turut sama
menyertai semula ke rangkaian tersebut.
Melalui sistem 3PG ini kami yakin pendapatan anda akan terjamin
kerana disamping ahli baru dari luar yang akan menyertai kedalam
rangkain ini, ahli lama juga akan turut sama menyertai semula bagi
melancarkan perjalanan sistem rangkaian.
Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk menyertai semula, kami
akan memotong secara automatik 20% atau maksima RM100 daripada bonus
anda untuk membuka akaun baru ke dalam Pelan B.
Dengan cara ini anda bukan sahaja membantu ahli-ahli lain
tetapi menambahkan lagi akaun dan rangkaian anda.
Dalam sistem ini, siapa yang berada di atas dan mendapat pendapatan yang
banyak dan mereka ini pula akan membuka akaun baru dibawah ahli baru.
Melalui sistem ini, ia dapat mengimbangi pendapatan agar sama rata
diantara ahli baru dan ahli lama.
Kesemua ahli boleh mempromosikan laman web
superglobal2u.com kepada sahabat
, saudara mara atau sesiapa sahaja untuk membina rangkaian pelaburan
yang besar dan terus menikmati bonus yang lumayan. Setelah anda
mendapat pendapatan pertama anda, anda pasti lebih yakin dan
orang lain juga pasti berkeyakinan untuk menyertai anda dan yakin
sistem kami berkesan. ANDA CUMA PERLU MEMBERITAHU TENTANG LAMAN WEB INI
SAHAJA.
Disini kita bekerjasama dalam meningkatkan pendapatan ahli, kami akan sentiasa memberi maklumat kepada
ahli tentang kedudukan rangkaian dan akaunnya.
Bagaimana Sistem
Autosistem Berfungsi ?
Autosistem adalah sistem dimana ahli tidak perlu
mencari rakan niaganya atau membuat temujanji untuk bertemu
dengan bakal ahli baru. Apa yang anda perlu buat ialah
memperkenalkan laman web ini kepada orang lain. Apabila
mereka telah memahami sistem ini dan ingin menyertai, anda
akan mendapat bonus, lebih ramai menyertai, lebih banyak
bonus yang akan anda terima.
Disamping anda mempromosikan laman web ini, kami juga mempunyai unit promosi dan
pemasaran yang sentiasa bergerak aktif untuk mencari
ahli-ahli baru hanya dengan memperkenalkan laman web ini.
Kemasukan ahli-ahli baru akan menentukan kejayaan anda.
Lagi ramai ahli maka pendapatan RM300 sehari menanti anda setiap
hari, ditambah pula apabila anda menyertai semula. Andaikan anda menyertai
dengan membuka
10 lot, bermaksud anda boleh mendapat RM300x10lot = RM3000 sehari.
PERSOALAN YANG SERING
DITANYA
Siapa yang mengendalikan
laman web ini ?
Laman web ini
dikendalikan sepenuhnya oleh Superglobal Enterprise. Sebuah
syarikat perunding pemasaran bagi syarikat
One TouchGlobal Sdn. Bhd.
yang beribu pejabat di Taman Kencana, Pandan Indah.
Berapakah
jumlah yang perlu dibayar untuk menyertai dan berapakah jumlah pendapatan jika saya
menyertai ?
Bayaran penyertaan
permulaan anda hanya RM120 untuk satu lot, dengan membayar jumlah tersebut anda
akan mendapat produk
SUPERCINO
dan secara automatik layak untuk pelan 3PG kami.
Anda akan memperolehi
pendapatan RM300 sehari setelah rangkaian anda berkembang.
Berapa lamakah
tempoh sehingga saya mula memperolehi pendapatan pertama saya ?
Kami tidak dapat menentukan
tempoh yang tetap untuk anda mendapat pendapatan pertama anda kerana
ianya begantung kepada kemasukan ahli baru. Jika
kemasukannya tinggi maka anda akan mendapat bonus anda dalam tempoh
yang singkat. Yang dapat kami nyatakan disini ialah kami senantiasa
komited dan berusaha untuk menarik seberapa ramai ahli untuk
menyertai sistem ini.
Bagaimanakah anda menjamin
bahawa saya tidak akan rugi ?
Pihak syarikat akan sentiasa memastikan ahli yang menyertai akan
mendapat pulangan keatas wang mereka. Setelah anda membayar RM120,
anda akan diberi produk, anda tidak rugi apa-apa bahkan anda akan
mendapat bonus apabila jaringan perniagaan anda berkembang
Pihak syarikat juga akan sentiasa dalam apa juga keadaan
memaksimakan jumlah ahli yang menyertai dalam sistem ini.
Pelan Pusingan Perniagaan Global
3PG kami akan sentiasa memastikan setiap orang mendapat pendapatan
kerana anda akan menyertai semula dibawah ahli baru.